Uni Academia Sdn. Bhd. (No Pendaftaran: 1299082-T) merupakan sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan perundingan pendidikan kepada semua warga pendidik. Perkhidmatan perundingan pendidikan berperanan membantu para pendidik dalam mendapatkan akses pendidikan ke peringkat Masters dan Doktor Falsafah.

Para pendidik seperti guru di Sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan fokus organisasi  dalam memberi peluang dan kelebihan dalam mendapatkan perkhidmatan organisasi kami.  Organisasi ini turut memudahkan para pendidik yang berminat dalam  mendapatkan maklumat mengenai subjek, pilihan pengajian serta maklumat mengenai universiti tempatan yang menawarkan program-program pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Bahkan organisasi ini juga turut menawarkan program-program pendidikan berdasarkan sistem module.

Organisasi ini juga menyediakan peluang kepada golongan pendidik sama ada di peringkat sekolah mahupun kolej dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti pendidikan seiring dengan agenda pendidikan negara pada masa kini.